Bahan-bahan
2 ekor ikan cencaru
3 s/b tepung gandum
1 s/k lada sulah
sedikit kunyit
sedikit garam
Untuk sos
5 ulas bawang merah dimayang
3 ulas bawang putih dimayang
1/2 biji cili hijau
1 s/b cili giling
1 s/b sos tomato
2 s/b madu
sedikit garam
sedikit air
minyak untuk menumis
Cara-caranya
- Perap ikan bersama dengan campuran tepung, kunyit, lada sulah dah sedikit garam kemudian goreng sehingga kekuningan
- Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga wangi
- Kemudian masukkan cili giling dan tumis sehingga garing
- Apabila sudah garing, masukkan sedikit air. biar ia mendidih
- Kemudian masukkan sos tomato, sedikit garam, madu dan cili hijau
- Siap untuk dihidangkan