Sunday, September 23, 2007

Mee goreng kak Liza

Resepi ni saya amik kat fotopages k.liza http://hanieliza.fotopages.com/?entry=791261 . mee goreng ni sedap sgt. Buat masa bukak puasa. Dapat pujian kata saya pandai masak sedangkan diorg tak tahu saja amik resepi org. hehehehehe

Bahan-bahan
1 paket mi kuning
Dada ayam
10 ekor udang besar
10 batang sawi dipotong
2 s/b cili mesin
2 s/b kicap pekat
1 s/b sos tiram
1 cawan serbuk ayam tumix dicampur air (k.liza guna air stok tulang ayam tp saya stok tulang tu so saya ganti dgn serbuk ayam tumix)
minyak
garam

Bahan tumbuk
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah

Untuk hiasan
2 biji telur di campur dengan sedikit lada sulah dan digoreng dadar. kemudian gulung telur tersebut dan potong

Cara-caranya
  1. Panaskan minyak kemudian tumis bahan tumbuk sehingga separuh garing. kemudian masukkan cili dan tumis sehingga garing.
  2. Masukkan isi ayam dan udang. Masukkan serbuk ayam tumix yg dibancuh dengan air dan kacau rata
  3. Bila mendidih masukkan mee, sos tiram, kicap pekat dan sawi
  4. Kacau sehingga mee sebati. Siap untuk dihidangkan.

No comments: