Sunday, April 5, 2015

Roti Canai

Mlm ni kita buat roti canai. Org sakit yg buat sbb org sakit yg nak mkn. Resepi ni drpd kekanda. Tq k.long

Bahan-bahan utk doh
Tepung gandum
Marjerin
Sedikit garam
Susu

Minyak sapi
Minyak sayuran

Cara-cara
1. Masukkan tepung dan sedikit garam. Gaul sehingga sebati
2. Masukkan marjerin. Gaulkan sehingga sebati
3. Masukkan sedikit demi sedikit susu. Uli sehingga adunan betul2 lembut
4. Apabila adunan dah lembut, bentukkan ia menjadi seperti bebola kemudian lumurkan dengan minyak sapi
5. Masukkan bebola td ke dalam bekas dan siram minyak sayuran ke atas bebola tersebut
6. Biarkan ia semalaman

----------☺siapp😀----------

Stim Ikan Senangin Taucu Tumis

Lama sudah tak update blog ni. Hari ni ni nak share resepi ikan masak stim.

Bahan-bahan
1 ekor ikan senangin sederhana besar
Serbuk lada sulah
Halia - dihiris nipis2
2 batang serai

Bahan untuk tumis
5 ulas bawang putih (saya suke letak byk bwg putih) - dihiris nipis2
2 biji bawang merah - dihiris nipis2 (saya guna 1/2 biji bawang besar saiz kecik)
2 sudu taucu - dilecek2
Sedikit garam
Sedikit air

Bahan hiasan
1 biji cili merah
Daun sup

Cara-caranya:
1. Panaskan air dlm periuk kukusan
2. Sapukan ikan bersama serbuk lada sulah
3. Masukkan ikan tersebut ke dalam kukusan. Kemudian susun kepingan halia di atas ikan tadi bersama serai.
4. Sementara menunggu ikan masak, tumiskan bawang putih dan bawang merah. Apabila bwg putih dah layu, masukkan taucu
5. Masukkan sedikit air. Tunggu taucu kering sedikit.
6. Apabila campuran taucu sudah kering sedikit,  tutup api. Dan campurkan campuran tadi ke atas ikan yg telah dikukus.
7. Taburkan cili merah dan daun sup
8. Kukus sekejap dan siap utk dimakan

-----SELAMAT MENCUBA😀😊☺-------

Sunday, December 22, 2013

Scone mcm x scone aje

Dah lama rasanya tak memblogkan diri... byk koje katanya... alasan hehehe.
Last saturday tetiba terajin pulak nak main masak2... sekarang ada hobi baru suka tengok masak2 kat youtube dan try buat sendiri... jadi ke tak jadi ke hentam sajalah labu
Banyak merepek pulak aku ni.
Ok ya anak2 kita belajar mcm mana nak buat scone dengan mudah dgn campak2 shj. Scone versi mantao kata sahabat saya.

Resepi scone mudah:
2 cawan tepung naik sendiri
1/3 cwn gula kastor
1/3 bar mentega yg baru keluar dr peti ais (potong cube)
fresh milk... aku main hentam aje takde sukatan
1 tbs Vanilla extract...
Acuan scone...
***aku guna acuan recycle dr bekas simpan cake... goodies org kawin... tu yg jd bentuk mcm mantao tu****

Cara2...
Aku campak semua bahan2 td ke dalam bekas.
Kemudian aku uli dan uli dengan tangan dan tepuk2 adunan seperti tepuk bantal sebelum tido.
Bila dah dpt ketebalan dan bentuk bulat yg diingini, tekapkan adunan td dengan acuan scone
Sapu susu ke atas permukaan scone
Kemudian letak scone ke dlm dulang yg telah dilapik dgn kertas minyak
Kemudian bakar dlm oven dlm masa 15 - 20 minit dengan suhu 200°c
Dah siapppp scone

Thursday, November 1, 2007

Ikan Cencaru Masak Madu

Resepi ni ciptaan sendiri. Main campak2 ajer.

Bahan-bahan
2 ekor ikan cencaru
3 s/b tepung gandum
1 s/k lada sulah
sedikit kunyit
sedikit garam

Untuk sos
5 ulas bawang merah dimayang
3 ulas bawang putih dimayang
1/2 biji cili hijau
1 s/b cili giling
1 s/b sos tomato
2 s/b madu
sedikit garam
sedikit air
minyak untuk menumis

Cara-caranya

  1. Perap ikan bersama dengan campuran tepung, kunyit, lada sulah dah sedikit garam kemudian goreng sehingga kekuningan
  2. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga wangi
  3. Kemudian masukkan cili giling dan tumis sehingga garing
  4. Apabila sudah garing, masukkan sedikit air. biar ia mendidih
  5. Kemudian masukkan sos tomato, sedikit garam, madu dan cili hijau
  6. Siap untuk dihidangkan

Friday, October 19, 2007

Pizza (Home made)

Mlm ni terasa macam nak makan pizza ajer. Mula2 rasa cam nak order ajer tp rasa better wat sendiri. Guna apa yg ada dlm fridge. Utk pizza ni saya x letak bawang besar, button mushroom atau capsicum sbb xder. kalau letak lg sedap.

Bahan-bahannya

Untuk kulit Pizza
250g tepung gandum
1/2 paket kecil yis segera
3/4 cawan air suam
1 s/k garam
1 s/k gula

Inti (Topping) Pizza
2 sudu makan minyak masak
3 sudu tomato puri
2 batang sosej
5 biji beef ball
7 s/b keju berparut (lg byk lg sedap)

Cara-caranya

  1. Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 220-230'c
  2. Untuk kulit pizza, larutkan yis dan gula ke dalam air suam. Kacau sehingga naik buih halus
  3. Masukkan garam ke dalam tepung gandum dan kacau biar sebati
  4. Kemudian masukkan campuran air, yis dan gula ke dalam tepung dan uli adunan tersebut sehingga adunan tersebut tidak melekat.
  5. Perap adunan tersebut sehingga adunan tersebut naik 2 kali ganda
  6. Canai adunan tersebut mengikut saiz yg dikehendaki
  7. Kemudian cucuk dengan garfu adunan yg telah dicanai tadi
  8. Sapukan permukaan adunan tersebut dengan minyak dan diikuti dengan tomato puri. Kemudian tabur sosej dan beef ball yg telah dipotong kecil. Akhir sekali tabur keju parut.
  9. Rehatkan pizza tersebut dlm masa 30 minit
  10. Bakar pizza dlm suhu yg sama dlm masa 25 hingga 30 minute.
  11. Siap utk dihidangkan.

Thursday, October 18, 2007

Sate ayam

Hari ni utk makan mlm makan sate dgn nasi impit memandangkan nasi impit masih byk. Drpd membazir lebih baik habiskan.


Bahan-bahan untuk sate
Daging ayam dipotong kecil2
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
1 inci halia
1 inci kunyit
3 batang serai
1 s/k jintan putih
1 s/k jintan manis
1 s/k garam
1 s/b gula
minyak untuk merenjis

Bahan sampingan
1 batang timun
nasi impit
kuah kacang

Cara-caranya
  1. Kisar bawang merah, bawang putih, lengkuas, halia, kunyit, serai, jintan putih, jintan manis, garam dan gula.
  2. Perap lebih kurang 3 hingga 4 jam
Bahan-bahan untuk kuah kacang
Kacang ditumbuk kasar
10 ulas bawang merah ditumbuk
3 ulas bawang putih ditumbuk
1 inci lengkuas ditumbuk
5 batang serai ditumbuk (lg byk letak serai lg sedap)
udang kering ditumbuk
2 s/b cili kering yg telah dimesin
air asam
sedikit garam
Sedikit gula melaka

Cara-caranya
  1. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga garing
  2. Masukkan cili kering dan tumis sehingga garing. Kalau kering, tambahkan minyak utk elak dr hangus.
  3. Masukkan lengkuas dan serai. Tumis sehingga garing dan naik minyak.
  4. Masukkan air asam dan kacau sebati
  5. Kemudian masukkan kacang dan kacau
  6. Akhir sekali, masukkan udang kering, garam dan gula melaka
  7. Siap utk dihidangkan

Sunday, September 23, 2007

Ayam bakar k.liza

Resepi ni saya amik kat fotopages k.liza. Memang sedap resepi dr k.liza ni. 1st time buat jadi. suka sangat. Saya buat masa utk berbuka puasa. saya bakar dlm oven ajer sbb malas nak bakar guna arang. Lambat dan leceh.


Bahan-Bahan
1/4 ekor ayam

Bahan A (dimesin halus)
3cm halia
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 s/b lada hitam
2 biji cili merah

Bahan B
1 s/b kicap
1 s/b garam
2 s/b madu/gula
kunyit serbuk

Hiasan
salad dan timun

Cara-caranya
  1. Gaul semua bahan A dan bahan B dan perapkan pada ayam sekurang-kurangnya 1 jam. Lg lama perap lg sedap.
  2. Bakar ayam dalam oven pada suhu 200'c selama 30 minute
  3. Siap untuk dihidangkan dengan salad dan timun