Bahan-bahan
Daging ayam dicincang
5 ulas bawang merah dimayang
3 ulas bawang putih dimayang
Halia
1 biji cili merah
Cili giling
1/2 sudu serbuk kunyit
1 1/2 serbuk rempah beriani
Air asam jawa
6 helai daun limau purut
Garam
Sedikit air
Minyak utk meggoreng dan menumis
Cara-caranya
- Perap ayam yang dicincang bersama garam, bawang merah dan bawang putih. Gaul rata dan jadikan seperti bola golf.
- Panaskan minyak dan goreng bebola tu sampai masak. Angkat dan ketepikan
- Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan cili merah sehingga layu
- Masukkan cili giling dan tumis sehingga keluar minyak
- Masukkan serbuk kunyit dan rempah beriani. Gaul biar sebati
- Masukkan air asam jawa dan kacau sebati
- Masukkan daun limau purut dan garam secukup rasa. Tambah air jika perlu
- Akhir sekali masukkan bebola ayam tadi dan kacau biar ayam sebati dengan kuah.
- Siap utk dihidang
No comments:
Post a Comment