Monday, August 6, 2007

Roti goreng sardin

Petang ni makan roti goreng sardin. Resepi ni amik kat dlm internet. Bahan-bahannya pun simple. Mudah penyediaannya. Rasanya pun sedap. Deco tu my husband yg buat. hehehehe


Bahan-bahan
1 tin sardin
2 biji cili padi dipotong nipis
5 ulas bawang merah dimayang
2 ulas bawang putih dimayang
1/8 biji limau nipis diambil jusnya
garam
10 keping roti
1 cawan tepung gandum
1 biji telur
sedikit air
marjerin
minyak utk menggoreng dan menumis

Cara-caranya
  1. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga layu
  2. Masukkan sardin yg telah dilecek dan masukkan sedikit sos sardin (masuk sedikit ajer supaya nanti x lembik)
  3. Masukkan cili hijau, garam dan perahan limau nipis. Ketepikan
  4. Bancuhkan tepung gandum, telur dan air seperti nak buat tepung goreng pisang. Ketepikan
  5. Potong tepi roti dan sapu sedikit marjerin serta sapukan sardin yg hancur mcm nak wat sandwich. Kemudian gulung roti tersebut.
  6. Celup roti yg telah digulung ke dalam bancuhan tepung tadi dan goreng sehingga keperangan
  7. Toskan dan sedia utk dimakan.

2 comments:

aIsY ZarItH SaFa MaRwa!!!!!! OwNeR Of ThE BloG??? said...

nak mudah gulung roti...kukus dulu roti tu sekejap...roti jadi lembut dan mudah digulung...pas tu celup jer dalam telur yg telah diputar dan goreng....

aIsY ZarItH SaFa MaRwa!!!!!! OwNeR Of ThE BloG??? said...

nak mudah gulung roti...kukus dulu roti tu sekejap...roti jadi lembut dan mudah digulung...pas tu celup jer dalam telur yg telah diputar dan goreng....