Bahan-bahan
1/4 kilogram sare
7 biji cili kering
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 batang serai
garam dan gula secukup rasa
budu cuka
1 biji cili merah untuk hiasan dipotong nipis serong
1 biji kelapa
halia
Cara-caranya
7 biji cili kering
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 batang serai
garam dan gula secukup rasa
budu cuka
1 biji cili merah untuk hiasan dipotong nipis serong
1 biji kelapa
halia
Cara-caranya
- Sare direndam satu malam, kemudian dibasuh, digosok buang segala kekotorannya. Apabila bersih ditoskan dan dijemur.
- Kelapa diparut, separuh digoreng tanpa minyak, separuh lagi diramas ambil santannya sebanyak 2 cawan.
- Cili kering, bawang merah, bawang putih, halia dan serai ditumbuk lumat.
Masak santan sehingga pecah minyak kemudian masukkan bahan yang ditumbuk tadi, masak lagi sehingga pekat dan berminyak. - Masukkan gula dan garam secukup rasa. Boleh juga digunakan manisan kelapa sebagai ganti gula.
- Semasa hendak makan, letakkan sare di dalam sebuah mangkuk, tabur kelapa goreng di atasnya, 3 sudu besar tumis, 1 sudu besar cuka dan sedikit budu. Gaul rata-rata dan sesuaikan rasanya.
- Hiaskan dengan cili merah dan hidang.
No comments:
Post a Comment