Friday, August 17, 2007

Kulit Popia

Resepi ni amik kat internet, saya belum pernah buat lg. Banyak versi untuk buat kulit popia ni. Antara versi-versinya seperti berikut:-


Versi pertama amik kat http://www.melayu.com/v2/sembang2/mesej.php?thread=7578
Bahan-bahanya
150 g tepung gandum
1 camt tepung ubi kayu/arrowroot
sedikit garam
2 biji telur Gred A, dipukul
400 ml air
1/2 camb minyak

Cara-caranya
Kacau semua bahan hingga sebati dan tidak bergentel. Lengser kuali leper non-stick dengan sedikit minyak. Buatlah dadar yg nipis selebar 23 cm kemudian ketepikan.


Versi kedua amik kat http://www.alaf21.com.my/buletin_isnin/N_masakan2/N_masakan4.htm
Bahan-bahannya
300 g tepung gandum, diayak
½ camt garam½ camt cuka
230-250 ml air
1 biji putih telur, dipukul sedikit

Cara-caranya

  1. Gaul rata tepung dan garam di dalam mangkuk.
  2. Dalam jag kecil, campurkan cuka dan air.
  3. Buatkan lubang di tengah tepung, tuangkan putih telur dan adun perlahan menggunakan balloon whisk (pemutar telur).
  4. Tuangkan air tadi dan kacau berterusan hingga adunan sebati. Adunan harus kelihatan lebih pekat dari adunan membuat cucur udang. (Anda mungkin perlu tambah atau kurangkan air mengikut ‘kelembapan’ tepung).
  5. Tutup mangkuk dengan tuala lembab dan biar selama 1-2 jam.
  6. Panaskan kuali leper yg tebal (heavy-based, non-stick pan), cekup sedikit adunan dan leperkan (nipis) di atas kuali.
  7. Anda mesti menggunakan jari kerana adunan ini ‘bergetah’. Berhati-hati kerana jari mudah melepuh jika tidak kena cara membuatnya!
  8. Bila kulit popia kelihatan ‘kering’, angkat dan lap kuali bersih-bersih sebelum membuat kulit popia yg seterusnya.

Versi ketiga versi popia basah amik kat website myresepi (ida@myresepi.com)
Bahan-bahannya
Air
Sedikit garam
Tepung gandum


Cara-caranya
  1. Gaulkan semua hingga sebati.Jgn terlalu cair dan terlalu pekat..
  2. Panaskan kuali dgn api sederhana(jgn letak minyak).
    Dgn mgunakan tgn,ambil sedikit tepung,tenyehkan atas kuali.Kulit popia tu jgn msk terlalu lama..nanti keras

1 comment:

Unknown said...

Nak buat popia basah ni kena berguru baru mahir main ambik kat internet je tak jadi? Kepada surirumah peniaga kuih pasarmalam dan sape2 yang berminat nak belajar buat kulit inti dan sos popia. Sila hubungi saya 0107883324 atau0173265603. Saya akan ajar anda teknik dan tip2 buat popia hingga mahir.Tak mahal RM200.00 jee....