Monday, August 27, 2007

Lauk pauk tradisi kelantan - Gulai Darat

Bahan-bahan
1 kati daging / 1 ekor ayam dipotong kecil-kecil
1 biji kelapa
3 sudu makan ketumbar
2 sudu makan jintan manis
10 ulas bawang merah
6 hiris lengkuas
6 hiris halia
4 sudu makan kelapa goreng (kerisik)
6 biji lada kering
1 keping asam keping
gula melaka (gula) secukup rasa
garam secukup rasa
1 hiris kunyit


Cara-caranya
  1. Ketumbar, jintan manis, lengkuas, halia, kunyit, bawng merah, bawang putih dan kerisik digiling halus dan digaul dengan daging.
  2. Jerang ke api sekejap, kemudian masukkan santan, asam, garam dan gula masakkan sehingga daging empuk.
  3. Bila sudah elok masaknya rasalah masam masinnya, kemudian hidangkan.
  4. Kalau suka boleh juga dimasukkan lada hijau di dalamnya sebagai perhiasan.

Lauk pauk tradisi kelantan - Itik Solo


Bahan-bahan
1 ekor itik
1 kati kelapa parut
1 sudu teh ketumbar
1/2 sudu jintan putih
1/2 jintan manis
2 kuntum bunga cengkih
1/2 teh halba
bawang merah - 1/2 bahagiannya digoreng - (1 cawan)
bawang putih - untuk bawang goreng (1 ulas)
cili kering - secukup merah
2/3 ulas lengkuas
sebesar ibu jari halia (merah)
1 batang serai
haram, gula, asam jawa secukup rasa
1 batang pelepah kelapa @ tebu
1 inci kayu manis
1 inci selaput pala
Cara-caranya
  1. Bersihkan itik, kemudian rebus sehingga lembut dengan sedikit garam.
  2. Giling rempah-rempah di atas, kemudia masukkan sedikit garam dan gula.
  3. Sapukan itik tadi dengan sebahagian daripada rempah-rempah yang digiling tadi - biarkan kira-kira selama 1/2 jam.
  4. Sediakan santan pekat kira-kira 3 cawan. Masukkan rempah yang sebahagian lagi itu ke dalamnya serta bawang goreng, sedikit air asam jawa, garam dan gula - sesuaikan rasanya.
  5. Panggang itik sehingga kuning. Sapu santan mentah dan bakar lagi. Ulangi sehingga 3 hingga 4 kali.
  6. Masukkan santan mentah (kuah percik) itu hingga pekat, dan sapu lagi atas itik itu. Kemudian panggang lagi hingga kuning - buatlah beberapa kali sehingga masak dan habis santannya.

Lauk pauk tradisi kelantan - Solok Ikan


Bahan-bahan
3 ekor ikan kembung yang besar
1/2 biji kelapa sederhana tua(diparut dan ditumbuk)
minyak untuk menggoreng
10 ulas bawang merah - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1/2 sudu teh lada hitam - ditumbuk
1 biji telur ayam
garam secukup rasa
Cara-caranya
  1. Ikan hendaklah dibuang tulang tengah dan dikikis jangan sampai terkoyak kulitnya.
  2. Isi ikan yang dikikis tadi ditumbuk, kemudian dicampur dengan kelapa dan bahan-bahan yang ditumbuk.
  3. Kemudian masukkan telur dan garam, gaul hingga sebati.
  4. Masukkan bahan-bahan ini ke dalam kulit ikan dan digoreng

Lauk pauk tradisi kelantan - Sambal Kecupu



Bahan-Bahan:
2 ekor ikan kembung bakar
2 sudu besar kelapa parut
6 biji buah kecupu muda
6 biji cili api
1/2 camca teh garam


Cara-caranya
  1. Ikan bakar diambil isinya.
  2. Buah kecupu dibelah empat dan dibuang bijinya.
  3. Tumbuk kelapa parut sehingga lumat,kemudian tumbuk cili api, kecupu dan garam.
  4. Akhir sekali tumbih ikan dan gaul rata.
  5. Hidangkan dengan ulam dan mentimun atau ketola segi yang dicelur.
  6. Jika sukar untuk mendapatkan buah kecupu, boleh juga digunakan pauh(mangga) muda sebagai gantinya.

Sunday, August 26, 2007

Lauk pauk traditional kelantan - Kerabu Sare

Bahan-bahan
1/4 kilogram sare
7 biji cili kering
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 batang serai
garam dan gula secukup rasa
budu cuka
1 biji cili merah untuk hiasan dipotong nipis serong
1 biji kelapa
halia

Cara-caranya
  1. Sare direndam satu malam, kemudian dibasuh, digosok buang segala kekotorannya. Apabila bersih ditoskan dan dijemur.
  2. Kelapa diparut, separuh digoreng tanpa minyak, separuh lagi diramas ambil santannya sebanyak 2 cawan.
  3. Cili kering, bawang merah, bawang putih, halia dan serai ditumbuk lumat.
    Masak santan sehingga pecah minyak kemudian masukkan bahan yang ditumbuk tadi, masak lagi sehingga pekat dan berminyak.
  4. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Boleh juga digunakan manisan kelapa sebagai ganti gula.
  5. Semasa hendak makan, letakkan sare di dalam sebuah mangkuk, tabur kelapa goreng di atasnya, 3 sudu besar tumis, 1 sudu besar cuka dan sedikit budu. Gaul rata-rata dan sesuaikan rasanya.
  6. Hiaskan dengan cili merah dan hidang.

Lauk pauk traditional kelantan - Acar Kuning

Resepi ni amik kat internet.Saya belum cuba lagi


Bahan-Bahan:
2 batang mentimun
1 batang lobak merah kecil
7 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
Sedikit halia
2 camca sedang air kunyit
1/2 camca teh biji sawi
Sedikit bawang putih, merah, halia, dan minyak ( untuk menumis ), cuka, gula dan garam secukup rasa
Sedikit kacang tanah yang ditumbuk( jika suka )
kapur

Cara-caranya

  1. Mentimun dipotong 1/2 cm lebar dan 6cm panajang, rendam dalam air garam yang dicampur dengan sedikit kapur.
  2. Halia dan lobak merah dipotong halus memanjang. Bawang putih dan merah dijeruk dalam air cuka, garam dan gula selama 1 malam.
  3. Panaskan periuk, masukkan sedikit minyak, kemudian tumiskan sedikit halia, bawang putih dan merah. Bila garing, masukkan biji sawi dan air kunyit.
  4. Masukkan cuka, gula dan garam,rasakan. Bila elok rasanya, angkat dan sejukkan sebentar.
  5. Mentimun ditoskan dan dicampur dengan halia, lobak merak dan bawang ke dalam bekas khas.
  6. Tuang kuah acar ke dalamnya dan gaul rata-rata. Kalau mahu boleh juga ditambah kacang tanah yang telah ditumbuk halus. Acar ini dibuat sehari sebelum digunakan

Friday, August 24, 2007

Ikan bawal masak taucu

Bahan-bahan
1 ekor ikan bawal
3 ulas bawang putih dimayang
2 sudu besar taucu
1/2 biji bawang besar dipotong bulat
1 biji cili merah dihiris
1 biji cili hijau dihiris
1/2 cawan air asam jawa
sedikit garam
kunyit
minyak untuk menggoreng dan menumis

Cara-caranya
  1. Perap ikan bawal dengan kunyit. Goreng dan ketepikan
  2. Tumis bawang putih sehingga keperangan
  3. Masukkan taucu, asam jawa,cili merah, cili hijau,sedikit garam dan ikan
  4. Kemudian masukkan bawang besar. Siap untuk dihidangkan

Tuesday, August 21, 2007

Home-made chocolate

Resepi ni saya amik kat http://hanieliza.fotopages.com/ . kat situ macam2 ada resepi. saya suka sgt dgn resepi k.liza ni. Sedap. Rugi kalau x cuba buat.

Bahan-bahannya
200 g / 1 bar van houten baking chocolate
2 sudu besar buttermilk
1 sudu besar serbuk koko
kacang almond
acuan

Cara-caranya

  1. Didihkan air di dlm pengukus/periuk
  2. Cincangkan chocolate bar dan masukkan ke dalam bekas tahan panas
  3. Kemudian masukkan buttermilk dan serbuk koko
  4. Cairkan bahan campuran tersebut di dlm pengukus/periuk yg berisi air mendidih
  5. Tuang sedikit coklat ke dalam acuan coklat , kemudian masukkan sebiji kacang almond dan seterusnya tuang sedikit coklat lg ke dlm acuan yg sama sehingga kacang tdk kelihatan. Lakukan step yg sama sehingga habis.
  6. Sejukkan coklat tersebut di dlm fridge
  7. Siap dihidangkan dan rasanya sedap.

Sunday, August 19, 2007

Tauhu ayam

Resepi ni amik kat internet myresepi.com . Rasa cam sedap ajer. So utk lunch ni saya try buat resepi ni. 1st time buat jadi. Dan rasanya sedap sangat.


Bahan-Bahannya
1 keping dada ayam
2 keping tauhu
1 sudu kecil serbuk lada sulah
3 tangkai daun sup
1 biji telur ayam
Garam secukup rasa
Sedikit gula
Minyak untuk menggoreng

Cara-caranya
  1. Cincang isi ayam
  2. Lecek tauhu dengan garfu
  3. Hiris halus daun bawang
  4. Gaul semua bahan-bahan di atas bersama dengan isi ayam, tauhu dan daun sup
  5. Goreng seperti menggoreng cekodok. Siap untuk dihidangkan. Sedap dimakan ketika masih panas.

Friday, August 17, 2007

Kulit Popia

Resepi ni amik kat internet, saya belum pernah buat lg. Banyak versi untuk buat kulit popia ni. Antara versi-versinya seperti berikut:-


Versi pertama amik kat http://www.melayu.com/v2/sembang2/mesej.php?thread=7578
Bahan-bahanya
150 g tepung gandum
1 camt tepung ubi kayu/arrowroot
sedikit garam
2 biji telur Gred A, dipukul
400 ml air
1/2 camb minyak

Cara-caranya
Kacau semua bahan hingga sebati dan tidak bergentel. Lengser kuali leper non-stick dengan sedikit minyak. Buatlah dadar yg nipis selebar 23 cm kemudian ketepikan.


Versi kedua amik kat http://www.alaf21.com.my/buletin_isnin/N_masakan2/N_masakan4.htm
Bahan-bahannya
300 g tepung gandum, diayak
½ camt garam½ camt cuka
230-250 ml air
1 biji putih telur, dipukul sedikit

Cara-caranya

  1. Gaul rata tepung dan garam di dalam mangkuk.
  2. Dalam jag kecil, campurkan cuka dan air.
  3. Buatkan lubang di tengah tepung, tuangkan putih telur dan adun perlahan menggunakan balloon whisk (pemutar telur).
  4. Tuangkan air tadi dan kacau berterusan hingga adunan sebati. Adunan harus kelihatan lebih pekat dari adunan membuat cucur udang. (Anda mungkin perlu tambah atau kurangkan air mengikut ‘kelembapan’ tepung).
  5. Tutup mangkuk dengan tuala lembab dan biar selama 1-2 jam.
  6. Panaskan kuali leper yg tebal (heavy-based, non-stick pan), cekup sedikit adunan dan leperkan (nipis) di atas kuali.
  7. Anda mesti menggunakan jari kerana adunan ini ‘bergetah’. Berhati-hati kerana jari mudah melepuh jika tidak kena cara membuatnya!
  8. Bila kulit popia kelihatan ‘kering’, angkat dan lap kuali bersih-bersih sebelum membuat kulit popia yg seterusnya.

Versi ketiga versi popia basah amik kat website myresepi (ida@myresepi.com)
Bahan-bahannya
Air
Sedikit garam
Tepung gandum


Cara-caranya
  1. Gaulkan semua hingga sebati.Jgn terlalu cair dan terlalu pekat..
  2. Panaskan kuali dgn api sederhana(jgn letak minyak).
    Dgn mgunakan tgn,ambil sedikit tepung,tenyehkan atas kuali.Kulit popia tu jgn msk terlalu lama..nanti keras

Gulai Ikan Lemak Cili Padi

Resepi ni amik ngan mak mertua. Lain dr yg lain. Guna belacan. selalunya kalau saya masak lemak cili padi just letak cili padi, kunyit, daun kunyit, santan, sedikit garam, serai dan asam keping. Mak mertua buat lain tp rasanya sedap sgt.


Bahan-bahannya
5 ekor ikan kembung
15 biji cili padi
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
Sedikit belacan
Kunyit hidup
2 keping asam keping
1 biji kelapa ambil santannya
1 batang serai
Sedikit garam

Cara-caranya
  1. Blend cili padi, bawang merah, bawang putih, kunyit hidup dan belacan
  2. Masukkan bahan yg diblend tadi ke dalam periuk yg berisi santan. Kacau sehingga mendidih
  3. Kemudian masukkan ikan, serai, asam keping dan sedikit garam. Kacau perlahan sehingga gulai masak.
  4. Siap untuk dihidangkan. Sedap dimakan ketika panas.

Cucur Udang

Hari ni makan petang buat cucur udang. sebenarnya 1st time buat cucur udang ni. Tak reti sangat. Terasa cam nak makan. then carilah resepi tu kat internet. Banyak sangat versi cucur udang tapi amik yg paling senang dan mudah nak buat. Hasilnya.....


Bahan-bahannya
Udang sederhana besar
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1 biji cili merah dihiris halus
1 biji telur
Daun kucai (saya guna daun sup sbb daun kucai takder)
Garam
Air
Minyak untuk menggoreng

Cara-caranya
  1. Satukan tepung gandum, tepung beras dan garam kemudian gaul sehingga sebati.
  2. Masukkan daun kucai, cili merah, udang, telur dan air. Gaul sehingga sebati. Kemudian rehatkan adunan tersebut dlm 10 hingga 15 minit sebelum digoreng.
  3. Goreng dan siap untuk dihidangkan.
Bahan-bahan untuk sos
1 biji cili merah
1 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 sudu cuka makan
2 sudu besar gula
1/3 sudu kecil garam
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato

Cara-caranya
  1. Blend semua bahan di atas. Tambah 2 sudu besar air suam.

Wednesday, August 15, 2007

Roti popia

Roti popia ni buat untuk makan petang sbb x tau nak buat aper. nak cari resepi kat internet malas. Ada org request nak makan roti popia mcm kat kedai. Resepi ni dia yg bg. Try buat dan berjaya. sedap gak rasanya.


Bahan-bahannya
Kulit popia
Roti keping gardenia
Sedikit tepung gandum
Air

Bahan untuk intinya
1 tin kecil sardin. Asingkan antara sardin dgn sosnya. Kemudian sardin dilecek.
4 ulas bawang merah dimayang
1 biji cili merah
1/4 biji limau nipis
Garam
Minyak untuk menumis

Cara-caranya
  1. Tumis bawang merah sehingga wangi
  2. Masukkan sardin yg telah dilecek. Kemudian masukkan sedikit sos sardin supaya tumisan tidak terlalu kering
  3. Masukkan cili merah, sedikit garam dan perah limau nipis
  4. Kacau sehingga sebati dan ketepikan
  5. Keluarkan kulit popia dr fridge dan biarkan dlm masa 2 minit
  6. Sapukan inti sardin di atas roti kemudian gulung roti tersebut
  7. Gulung sekali lg roti bersama dengan kulit popia. Gamkan kulit popia dengan menggunakan bancuhan tepung dan air.
  8. Goreng dan siap untung dihidangkan
note: untuk mendptkan popia yg lebih rangup, selepas step ke 7, simpan popia2 tersebut ke dlm fridge selama 5 hingga 10 minit.

Tuesday, August 14, 2007

Ayam goreng berempah

Resepi ni amik dr kakak. sedap jugak rasanya.

Bahan-bahannya
1/2 ekor ayam dipotong 8 bahagian
1/2 serbuk sudu jintan manis
1/2 serbuk sudu jintan putih
1/2 sudu serbuk ketumbar
1/2 sudu serbuk kunyit
garam

Cara-caranya
  1. Perap ayam bersama jintan manis, jintan putih, ketumbar, kunyit dan garam
  2. Goreng dan hidangkan.

Sunday, August 12, 2007

Sotong masak serai

Resepi ni saya amik kat internet. Tapi telah diolah. Sedap gak.



Bahan-bahannya
Sotong
air asam jawa
garam
minyak untuk menumis

Bahan Kisar
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
6 biji cili padi
2 batang serai

Cara-caranya
  1. Tumis bahan kisar sehingga wangi
  2. Masukkan sotong, air asam jawa dan sedikit garam
  3. Masak sehingga sotong empuk
  4. Siap untuk disediakan

Wednesday, August 8, 2007

Telur dadar mee

Resepi ni amik dari resepi nestle. Buat utk minum petang. 1st time buat menjadi. Suka sgt tambahan lg resepi ni sedap. x sia2 buat. Simple dan cepat penyediaannya.


Bahan-bahan
1 cawan air
1 paket mee maggi perisa ayam
2 biji telur, dipukul perlahan
1 ketul sosej, dihiris nipis
keju cheddar yang diparut
1 sudu besar minyak masak (saya guna mentega)

Cara-caranya
  1. Didihkan air, masukkan mee maggi dan perencahnya. Kecilkan api dan biarkan ia masak selama 2 minit. Alihkan periuk dr api dan biarkan mee menyerap baki air yg tinggal.
  2. Campurkan mee bersama telur yg dipukul, gaul sehingga rata
  3. Panaskan mentega/minyak dan masukkan campuran mee tadi. Goyang kuali leper agar campuran tersebut tersebar sama rata dipermukaan kuali tersebut. Masak selama 5 minit tanpa mengacaunya, alihkan dari api
  4. Taburkan telur dadar dengan keju parut dan hirisan sosej, kemudian letakkan kuali leper ke dalam pemanggang yang telah dipanaskan terlebih dahulu
  5. Masak selama 3 minit atau sehingga sosej garing dan keju mencair. Jika anda suka, hidangkan bersama salad dan hirisan tomato.

Kubis goreng


Bahan-bahan
Sayur kubis
1/2 biji carrot dipotong panjang
5 ulas bawang putih dipotong mayang
Sedikit ikan bilis
1 biji cili merah dipotong halus
Sedikit serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
Sedikit air
Minyak untuk menumis

Cara-caranya
  1. Tumis bawang putih sehingga kekuningan
  2. Masukkan ikan bilis
  3. Masukkan kubis, carrot, cili merah dan sedikit air. Kacau sehingga sebati.
  4. Masukkan serbuk lada hitam dan garam secukup rasa
  5. Siap utk dihidangkan

Tuesday, August 7, 2007

Kerabu Tomato

Resepi ni dibuat masa duk kat jakarta dulu. sbb x tau nak masak apa. selalu gak buat masa duk sana sbb senang dan cepat. Resepi ni amik kat dlm majalah. Memang bwk byk majalah masakan ke sana.

Bahan-bahannya
1 biji tomato dipotong dadu
2 tangkal cili merah ditumbuk
2 biji telur (dadar dan hiris halus)
Sedikit belacan bakar
Gula dan garam secukup rasa
Ikan bilis (goreng dan tumbuk)
4 ulas bawang merah dimayang

Cara-caranya
Gaulkan bahan2 hingga sebati. Senang kan

Monday, August 6, 2007

Bebola ayam lahore

Resepi ni saya amik kat dalam majalah rasa edisi Jun. Nampak cam sedap. So hari ni utk lunch, buatlah. Tapi dah olah sikit. Resepi asal guna daging kambing dan yogurt tp x guna sbb kambing hanya husband ajer yg makan. org lain termasuk diri sendiri x makan. Satu lg x letak yogurt sbb xder dlm fridge. guna apa yg ada ajer.


Bahan-bahan
Daging ayam dicincang
5 ulas bawang merah dimayang
3 ulas bawang putih dimayang
Halia
1 biji cili merah
Cili giling
1/2 sudu serbuk kunyit
1 1/2 serbuk rempah beriani
Air asam jawa
6 helai daun limau purut
Garam
Sedikit air
Minyak utk meggoreng dan menumis

Cara-caranya
  1. Perap ayam yang dicincang bersama garam, bawang merah dan bawang putih. Gaul rata dan jadikan seperti bola golf.
  2. Panaskan minyak dan goreng bebola tu sampai masak. Angkat dan ketepikan
  3. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan cili merah sehingga layu
  4. Masukkan cili giling dan tumis sehingga keluar minyak
  5. Masukkan serbuk kunyit dan rempah beriani. Gaul biar sebati
  6. Masukkan air asam jawa dan kacau sebati
  7. Masukkan daun limau purut dan garam secukup rasa. Tambah air jika perlu
  8. Akhir sekali masukkan bebola ayam tadi dan kacau biar ayam sebati dengan kuah.
  9. Siap utk dihidang

Roti goreng sardin

Petang ni makan roti goreng sardin. Resepi ni amik kat dlm internet. Bahan-bahannya pun simple. Mudah penyediaannya. Rasanya pun sedap. Deco tu my husband yg buat. hehehehe


Bahan-bahan
1 tin sardin
2 biji cili padi dipotong nipis
5 ulas bawang merah dimayang
2 ulas bawang putih dimayang
1/8 biji limau nipis diambil jusnya
garam
10 keping roti
1 cawan tepung gandum
1 biji telur
sedikit air
marjerin
minyak utk menggoreng dan menumis

Cara-caranya
  1. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga layu
  2. Masukkan sardin yg telah dilecek dan masukkan sedikit sos sardin (masuk sedikit ajer supaya nanti x lembik)
  3. Masukkan cili hijau, garam dan perahan limau nipis. Ketepikan
  4. Bancuhkan tepung gandum, telur dan air seperti nak buat tepung goreng pisang. Ketepikan
  5. Potong tepi roti dan sapu sedikit marjerin serta sapukan sardin yg hancur mcm nak wat sandwich. Kemudian gulung roti tersebut.
  6. Celup roti yg telah digulung ke dalam bancuhan tepung tadi dan goreng sehingga keperangan
  7. Toskan dan sedia utk dimakan.

Sunday, August 5, 2007

Sup sayuran

Hari ni semua org kat umah ni x sihat. so hari ni masak simple ajerlah. Hari ni masak ikan masak kicap chinese style, sup sayuran, ikan bakar dan sayur peria wat ulam ajer. Resepi sup sayuran ni resepi sendiri. Guna sayur-sayur yg ada kat fridge aje. i mask simple aje hanya guna cendawan, kentang dan kubis ajer sbb yg tu ajer ada kat dlm fridge. kalau nak sedap lg boleh tambah carot dan bunga kubis.


Bahan-bahannya
sedikit daging ayam
1 paket kecil cendawan payung
5 biji baby potatoes (dipotong dua)
6 ulas bawang merah dimayang
2 ulas bawang putih dimayang
1 biji telur
lada sulah
garam
air
daun bawang
minyak untuk menumis

Cara-caranya
  1. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik wangi
  2. Masukkan ayam dan kentang. Kemudian masukkan air
  3. Apabila ayam dan kentang dah empuk, masukkan kubis, cendawan, garam, telur dan lada sulah
  4. Akhir sekali masukkan daun bawang
  5. Siap untuk dihidangkan

Ikan masak kicap chinese style

Resepi ni amik kat internet. Cara resepi ni sama ngan resepi mak tp resepi mak xder guna cuka ngan sos tiram. kalau mak buat mesti dia letak kicap, sos tomato dan lada sulah. resepi ni lain sikit sbb bukan saja letak cuka tetapi letak kentang. saya guna baby potato sbb hanya baby potato aje ada. boleh gak guna potato biasa. boleh try.


Bahan-bahannya
2 ekor ikan kembung diperap dengan kunyit dan digoreng
6 ulas bawang putih
1 labu bawang besar dipotong bulat
1 biji cili merah
7 biji baby potatoes dipotong dua
1 sudu cuka
2 sudu kicap
2 sudu sos tiram
sedikit gula
sedikit garam
sedikit air
sedikit tepung gandum

Cara-caranya
  1. Kentang diperap dengan kunyit dan digoreng. Ketepikan.
  2. Tumis bawang putih sehingga kekuningan
  3. Masukkan cuka, kicap, sos tiram, gula, garam dan air.
  4. Apabila ia mendidih, masukkan bancuhan tepung bersama air utk memekatkan kuah. (x letak pun x per.. optional)
  5. Kemudian masukkan ikan yg telah digoreng td.
  6. Akhir sekali masukkan cili merah, bawang besar dan kentang yg telah digoreng.
  7. Siap utk dihidangkan. Sedap dimakan semasa panas.

Saturday, August 4, 2007

Sup ayam simple

Sup ni resepi sendiri. Main campak ajer. Sedap dimakan sms panas.



Bahan-bahan
1 ketul dada ayam dipotong dadu
3 ulas bawang merah dimayang
1 ulas bawang putih dimayang
air
1/2 sudu kecil lada sulah
1 biji kentang
garam
sedikit daun sup
minyak utk menumis

Cara-caranya
  1. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga layu
  2. Masukkan ayam, kentang dan air. Tunggu sehingga ayam dan kentang empuk.
  3. Apabila dah empuk, masukkan garam secukup rasa, lada sulah dan daun sup
  4. Siap utk dihidangkan

Udang masak cili kering

Resepi ni amik kat internet gak. Hari ni try wat utk makan mlm. Jadi dan rasanya sedap.



Bahan-bahan
10 ekor udang harimau diperap dengan garam dan kunyit
3 biji cili kering
6 helai daun kari
1/2 sudu kecil jintan manis (yg belum dikisar)
3 biji bawang putih ditumbuk
sedikit halia ditumbuk
sedikit air asam jawa

Cara-caranya
  1. Goreng udang dan ketepikan
  2. Tumis cili kering dan ketepikan
  3. Tumis daun kari dan jintan manis. Apabila sudah garing, masukkan bahan tumbuk dan tumis sehingga wangi
  4. Masukkan udang dan gaul biar sebati. Kemudian masukkan air asam jawa dan sebatikannya. Masak sehingga air asam jawa menjadi pekat.
  5. Akhir sekali masukkan cili kering yg telah digoreng td. Siap utk dihidangkan.

Tempura

Resepi ni amik kat internet. Rasa cam best ajer. Tapi telah diolah sedikit.



Bahan-bahannya
1 biji bawang besar dipotong bulat
3 biji kentang dipotong memanjang
6 ekor udang harimau
3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung beras
1 cawan air sejuk
1/4 sudu kecil garam

Cara-caranya
  1. Masukkan tepung gandum, tepung beras, garam dan air ke dlm mangkuk. Gaul sebati. Simpan adunan tersebut di dlm fridge sementara utk menyediakan bahan-bahan utk digoreng.
  2. Goreng kentang, bawang dan udang dengan api yg perlahan.
  3. Siap utk dihidangkan.

Friday, August 3, 2007

Udang hitam manis

Resepi ni i telah buat last month. Amik kat dlm majalah. Sedap gak rasanya. Rugi kalau x cuba.


Bahan-bahan
600gm udang basah
100gm udang kering (cincang)
30mg cili padi (cincang)
10 gm daun kari
2 sudu kecil kicap pekat
10gm cili kering kisar
10gm bawang putih
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya


Cara-caranya
  1. Udang digoreng seketika dan diangkat
  2. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih, daun kari, cili padi dan udang kering
  3. Apabila naik baunya, masukkankicap pekat dan cili kisar
  4. Kacau rata dan masukkan garam, lalu masukkan udang yang digoreng tadi
  5. Gaul rata dan angkat

Spageti tuna cili padi

Resepi ni pun amik dalam majalah saji. Belum cuba lg tp nampak sedap. Weekend ni try buat.


Bahan-bahan
4 sudu besar isi tuna
3 tangkai cili padi
3 1/2 biji capsium (saiz kecil)
1/2 labu bawang besar
1/2 sudu besar perahan limau nipis
200 gm spageti (rebus)
Garam secukup rasa
Sedikit minyak zaitun

Cara-caranya
  1. Panaskan minyak zaitun, tumiskan bawang dan capsium dengan api yang perlahan
  2. Masukkan tuna, cili padi dan juga spageti
  3. Kemudian masukkan perahan limau dan juga garam
  4. Jika tidak ada minyak zaitun, boleh juga minyak masak biasa atau marjerin

Nasi Kebuli

Resepi ni i belum try lg. Ternampak kat dlm majalah. Macam sedap ajer. Macam nasi goreng lak. Nanti nak try.


Bahan-bahan
1 kg beras basmati
5 ulas bawang merah (hiris)
2 tangkai bawang putih (hiris)
2cm halia (dihiris)
1/2 sudu kecil ketumbar (sangai)
1/2 sudu kecil jintan manis (sangai)
1/2 sudu kecil jintan putih dan halba
Daun pandan
Serai
Garam secukup rasa
Sedikit minyak sapi
Minyak masak
Rempah penumis
Air secukupnya

Bahan lauk kebuli
1/2 ekor ayam

Cara-caranya
  1. Panaskan minyak, tumis rempah penumis
  2. Masukkan bahan yang dihirisSetelah keluar minyak, masukkan rempah yg disangai, air dan halba
  3. Setelah mendidih, masukkan beras, daun pandan dan serai. Tanak seperti biasa
  4. Sementara nasi ditanak, perap ayam dengan kunyit dan garam selama setengah jam
  5. Goreng hingga kuning dan siat-siatkan isi ayam. Gaul rata dengan nasi yg sudah tanak

Wednesday, August 1, 2007

Chocolate cake kukus

Resepi ni buat utk sorang mamat ni yg sambut birthday dia yg ke 30. nak wat surprise sbnrnya tp terkantoi... deco pun x cantik... hehehehe "Happy Birthday to you"





Bahan-bahan
2 1/2 cawan tepung berserbuk penaik
1 cawan serbuk koko
1 1/3 cawan gula kastor
250 butter
250 susu dutch lady
3 biji telur

Cara-caranya
  1. Pukul butter sehingga kembang, kemudian masukkan gula kastor dan pukul biar sebati
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Kemudian masukkan serbuk koko dan dipukul sehingga adunan sebati
  3. Masukkan sedikit demi sedikit tepung berselang seli dgn susu
  4. Terlebih dahulu panaskan air di dlm pengukus
  5. Apbl air mendidih, kukus adunan tersebut
  6. Kukus selama 40 minit. Angkat, sejukkan dan sedia utk dimakan