Tuesday, July 31, 2007

Kari ikan mak

Semalam mak masak kari ikan. sedap sangat kari dia buat. terasa semua rempah.

Bahan-bahannya
2 ekor ikan kembung
8 ulas bawang putih (3 ulas dimayang dan selebihnya ditumbuk)
15 ulas bawang merah (5 ulas dimayang dan selebihnya ditumbuk)
1 1/2 paket serbuk kari
sedikit biji sawi
santan
air asam jawa
garam
daun kari

Cara-caranya
  1. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga kekuningan
  2. Masukkan biji sawi
  3. Masukkan kari yang telah digaul dengan bawang merah dan bawang putih yg telah ditumbuk halus
  4. Apabila rempah tersebut sudah garing, masukkan santan.
  5. Kemudian masukkan ikan, air asam jawa dan garam secukup rasa.
  6. Akhir sekali masukkan daun kari
  7. Siap utk dihidangkan

Ayam masak pedas

Hari ni bangun pg2 lg sbb nak pi beli brg nak wat nasi bukhari. Last2 nasi x jd. terlebih rempah. frust sgt. pastu tergesa2 wat menu lain. wat ayam masak pedas dgn udang goreng tepung ajer hari. Tension akak....... Moral of the story, baca betul2 resepinya. 1 paket rempah utk 1 kg beras bukannya 1 paket rempah utk 1 tin beras. hehehehehe


Bahan-bahan
6 ketul ayam
sedikit kunyit
5 ulas bawang merah ditumbuk
3 ulas bawang putih ditumbuk
sedikit halia ditumbuk
1 sudu cili giling
1 sudu sos tomato
1 sudu sos cili
garam
sedikit air
minyak untuk menggoreng dan menumis

Cara-caranya
  1. Perap ayam bersama kunyit dan goreng. Ketepikan
  2. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga kekuningan
  3. Masukkan cili giling, tumis sehingga garing, kemudian tambahkan sedikit air
  4. Masukkan sos cili, sos tomato dan secubit garam
  5. Siap utk dihidangkan

Monday, July 30, 2007

Apple pie versi McDonald

Resepi ni baru ajer wat ari ni. nak cuba camner rasa wat apple pie yg sebijik mcm kat mcdonald. akhirnya jd gak walaupun baru 1st time wat. senang ajer nak wat nya. cik kak nani pun boleh buat.


Bahan-bahannya
Tepung serbaguna
mentega (blh jugak menggunakan shortening)
1 sudu garam
1/2 cawan air sejuk
3 biji apple hijau dibuang kulit dan dipotong dadu
1/3 cawan gula pasir
1/2 sudu serbuk kayu manis
minyak untuk menggoreng

Cara-caranya

  1. Kupas kulit epal dan potong dadu. Campurkan gula dan serbuk kayu manis. Di atas kuali masak dengan menggunakan api yang kecil. Masak sehingga ia lembut, dan lenyek 1/4 dengan garfu dan yang lebihan biarkan ia berketul. Kita nak buat apple pie McD kan so kena ikut macam McD sikit.2. Ayak tepung dan garam. Potong mentega yang masih beku. Gaul mentega dengan tepung. Gunakan hujung jari dan ramas sehingga adunan bergentel. Masukkan air dan gaul dengan garfu.
  2. Canai atas papan. Potong panjang 8 inci lebar 6 inci macam McD punya pie le. Letakkan inti epal ditengah pastry. Gunakkan air sejuk di tepi pastry dan lipat kemudian tekan dengan garfu sekeliling pastry agak2 setengah inci.
  3. Panaskan minyak dalam kuali, api sederhana besar. Goreng pie, satu persatu. 2-3 minit untuk satu belah pie sampai masak dan kekuningan. Toskan atas tisu serap minyak.

Tips: untuk mendapatkan hasil pie yg rangup, simpan apple pie di dlm fridge 15 minit sbl digoreng.

Sayur goreng pedas

Masakan paling simple. Masa penyediaannya amik masa dlm 10 min ajer. sbb cara memasak simple ajer.



Bahan-bahan
bunga kubis
sedikit udang kecil
3 ulas bawang merah ditumbuk
2 ulas bawang putih ditumbuk
1 sudu cili giling
1/3 batang carrot dipotong memanjang
2 helai daun limau purut
garam secukup rasa
sedikit air
sedikit minyak untuk menumis


Cara-caranya
  1. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga layu
  2. Kemudian masukkan cili giling, udang dan limau purut yg telah dihiris nipis
  3. Masukkan bunga kubis, carrot dan sedikit air untuk melembutkan sayur tersebut
  4. Masukkan garam secukup rasa

Sunday, July 29, 2007

Ikan kerisi masak sos tiram

Resepi ni diambil dr internet. try buat sbb nampak mcm sedap. tapi telah diolah.

Bahan-bahan
2 ekor ikan kerisi
sedikit kunyit
3 ulas putih ditumbuk
1 biji bawang besar dimayang
1 biji cili merah dipotong
5 biji cili hijau (kecil) dipotong
1/3 batang carrot dipotong
2 sudu besar sos tiram
garam secukup rasa

Cara-caranya

  1. Ikan terlebih dahulu diperap dengan kunyit dan digoreng
  2. Kemudian tumis bawang putih sehingga kekuningan
  3. Masukkan cili merah, cili hijau (kecil) dan carrot
  4. Kemudian masukkan bawang besar, sos tiram dan garamsecukup rasa
  5. Siap untuk dihidangkan

Saturday, July 28, 2007

Ikan masak asam pedas

Resepi ni amik dr emak mertua. semalam dia buat. sedap sangat. diharap penggemar2 resepi blh mencuba terutama adik ipar (firah) dan kawan adik ipar (nani). hehehehehe cuba ya cik kak.



Bahan-bahannya
4 ketul ikan parang
16 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
cili kering
sedikit belacan
daun limau purut
air asam jawa
air
garam
minyak untuk menumis

Cara-caranya
  1. Blend cili kering, bawang putih, bawang merah dan belacan
  2. Kemudian tumis bahan-bahan tersebut sehingga wangi
  3. Kemudian masukkan air mengikut citarasa masing2
  4. Kemudian masukkan ikan parang
  5. Apabila ikan sudah empuk, masukkan air asam jawa, daun limau purut dan garam secukup rasa
  6. Hidangkan mengikut citarasa anda

"Selamat mencuba"

Ikan bawal masak tomato

selain masak sayur, terfikir nak masak ikan bawal masak tomato. suka buat masakan ni sbb simple sgt bhn dia dan senang utk dimasak. tak mengambil masa yg agak lama dlm penyediaannya.

Bahan-bahan
1 ekor ikan bawal dipotong dua
1 biji tomato dipotong dadu
1 biji bawang besar dipotong dadu
sedikit sos tomato
sedikit sos cili
garam
gula
kunyit
sedikit minyak untuk menggoreng

Cara-caranya
Perat terlebih dahulu ikan bawal dengan kunyit
Kemudian goreng ikan bawal, jgn terlalu garing. Kemudian ketepikan apbl sudah masak
Tumis bawang besar sehingga bertukar menjadi perang
Kemudian masukkan buah tomato, sedikit sos tomato, sedikit sos cili
Masukkan garam dan gula secukup rasa
Akhir sekali masukkan ikan bawal yg telah digoreng dan gaulkan sehingga sebati

"Selamat Mencuba"

Sayur tumis sardin

bangun pg td terfikir nak masak apa ari ni. apa2 pun bukak dulu fridge sblm plan. sayur dah abis... apa lg pi kedailah, beli apa2 yg patut. lps tu fikir lg sayur nak wat camner. bukak lg sekali fridge. terpandang tin sardin, terus dtg idea. hasilnya seperti dibwh.




Bahan-bahannya
Sayur lobak hijau
1 ekor ikan sardin dilecek bersama dgn sedikit sos sardin
2 ulas bawang putih ditumbuk
5 ulas bawang merah ditumbuk
sedikit lada sulah
garam
minyak untuk menumis


Cara-caranya
  1. Tumis bawang putih dan bawang merah. apbl bahan tumis sudah layu masukkan sedikit lada sulah
  2. Kemudian masukkan isi sardin
  3. Kacau biar sebati, kemudian masukkan batang lobak terlebih dahulu. apbl dah empuk, baru masukkan daunnya
  4. Masukkan sedikit garam

"Selamat Mencuba"

Mushroom soup

Resepi ni amik kat internet. nak gak rasa wat sendiri sbb sblm ni asyik guna yg instant aje. Sedap... selamat mencuba.



Bahan-bahan
1 keping dada ayam
150ml air
500ml susu segar
1 ketul kiub ayam
cendawan butang (dihiris kecil-kecil)
garam
1 cawan tepung gandum

Cara-caranya
  1. Potong ayam kecil-kecil. kemudian rebus ayam tadi sehingga empuk
  2. Kemudian masukkan susu dan kiub ayam. kacau biar sebati dan pastikan menggunakan api yg perlahan.
  3. Seterusnya masukkan cendawan butang yg dihiris
  4. Masukkan bancuhan tepung dan kacau sehingga pekat.
  5. Tambahkan sedikit garam.

x tau nak letak nama apa

Resepi ni smlm buat. malas nak masak. masak pun yg simple aje. x tau nak masak apa... xder mood.

Bahan-bahan
1 paket ikan masin - isi ikan kurau, digoreng garing terlebih dahulu
1 biji kentang dipotong bulat dan goreng
2 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
1 biji cili merah
sedikit lada sulah
Cara-caranya
  1. Tumis bawang putih sehingga kuning kemudian masukkan lada sulah
  2. Masukkan bawang besar, cili merah, ikan manis dan cili merah
  3. Angkat dan hidangkan

Friday, July 27, 2007

Makaroni Bakar

Resepi ni i buat bulan lps. i amik kat internet. nampak mcm best terus buat. alhamdulillah jadi.sekali lg dpt pujian... hehehehehe
Bahan-bahan
250 g macaroni } direbus hingga lembut toskan gaul dgn sedikit mentega

Bahan inti
500 g daging cincang – boleh juga diganti dgn daging ayam cincang
30 mentega
1/2 labu bawang besar } dicincang
1 ulas bawang putih } dicincang halus
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1/2 sudu kecil oregano kering atau parsley kering
175 g buah tomato } buang biji, potong dadu
2 putih telur
500 ml sos putih
125 g keju cheddar } diparut

Sos putih
30 g mentega
1 sudu besar tepung gandum
500 ml susu segar2 kuning telur
125 g keju cheddar } diparutgaram secukup rasa
1/2 sudu kecil serbuk lada sulah

Cara-cara membuat sos putih
  1. Cairkan mentega dgn api yg perlahan
  2. Masukkan tepung gandum kacau sehingga sebati
  3. Masukkan susu, kacau (whisk) dgn menggunakan pemukul telur sehingga sebati
  4. Panaskan sehingga mendidih sambil sentiasa dikacau supaya tidak bergentel
  5. Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa
  6. Tutup api, sejukkan sedikit baru masukkan keju parut & kuning telur
  7. Kacau sebati ketepikan.
Cara-caranya
  1. Panaskan mentega, tumis bawang besar dan bawang putih
  2. Apabila layu, masukkan daging cincang, tomato, garam dan lada sulah
  3. Masak lebih kurang 15 minit atau apabila air daging kering, kemudian sejukkan
  4. Bila dah sejuk masukkan telur putih, kacau sebati
  5. Sapukan loyang dengan sedikit mentega
  6. Terdapat dua cara utk memasukkan makaroni dan inti ke dlm loyang
Cara I
  1. Campurkan kesemua makaroni dengan inti kemudian masukkan ke dlm loyang
  2. Tuang sos putih di atasnya, ratakan
  3. Tabur keju parut
Cara II
  1. Masukkan 1/3 macaroni, kemudia masukkan 1/2 inti dan sedikit keju parut
  2. Lapisan kedua ulang proses pertama
  3. Akhir sekali tuang sos putih di atasnya dan tabur keju paut
Bakar di dalam oven pd suhu 180'c selama 30 min atau sehingga keju keperangan
Angkat dan biarkan selama 15 min utk dihidangkan.

Thursday, July 26, 2007

Udang Masak ala Szechuan

masakan ni i try buat bulan lps. memang sedap. resepi ni i amik kat majalah rasa keluaran jun. lepas beli majalah ni i terus cuba buat. menjadi n sedap sgt. family pun suka makan.

Bahan-bahan
8 ekor udang kertas diperap dgn kunyit dan garam
2 biji bawang besar dipotong bulat
4 ulas bawang merah dihiris halus
3 biji cili kering dipotong halus
2 sudu sos tiram
2 sudu cuka merah
Gula secukup rasa
Sedikit serbuk lada sulah
Sedikit air asam jawa
Sedikit kicap
Air secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Cara-caranya
  1. Panaskan minyak. Goreng udang hingga masak. Angkat dan ketepikan
  2. Panaskan sedikit minyak td dan tumis bawang hingga wangi
  3. Masukkan cili kering dan lada sulah
  4. Setelah wangi, masukkan udang goreng tadi
  5. Masukkan sos tiram dan air asam jawa secukupnya
  6. Masukkan cuka merah, gula secukup rasa dan bawang besar
  7. Hidang mengikut selera masing2

Wednesday, July 25, 2007

Sotong goreng garing cili kering

Hari tu belek2 majalah cari resepi baru yang boleh dicuba. Cari2 berkenan dgn satu resepi dr Linda Onn. nampak mcm sedap ajer. terus mencuba. kali pertama buat tak berapa jd sbb sotong jd keras. kali kedua buat jd sbb x ikut sgt resepi drpd linda Onn. Olah sikit2. thank Linda Onn.... Gambar masakan tu saya x snap sbb masa tu x terfikir lak nak bukak blog. gambar ni saya amik kat majalah saji keluaran november. resepi drpd linda onn.



Bahan-bahan

1/2 kilo sotong
5 biji cili kering dipotong
3 ulas bawang putih dihiris
1/2 biji bawang besar dihiris
1 cm halia dihiris
5 sudu makan kicap manis
2 sudu makan cili giling
2 sudu makan sos tiram
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara-caranya
  1. Terlebih dahulu rebus sotong di dalam kuali sehingga lembut. apabila air rebusan sudah kering masukkan minyak untuk menumis
  2. Tumis cili kering bersama dengan sotong yg direbus hingga naik minyak
  3. Kemudian masukkan bawang, halia, cili kering, kicap manis, sos tiram, garam dan gula secukup rasa
  4. Hiaslah hidangan mengikut citarasa anda.



Begedil

Tengahari tadi goreng begedil utk family. Lagi sekali mendapat pujian drpd diorg. berbunga rasanya dihati. alhamdulillah setakat ni diorg x pernah lg komen yg negatif pasal masakan i. hehehehehe gambar x cantik.

Bahan-Bahan
1 1/2 biji kentang dikupas kulitnya
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
10 ekor udang sederhana besar dibuang kulit dan dicincang halus
sedikit garam
sedikit serbuk lada sulah
sedikit tepung gandum
1 biji telur diambil putihnya
sedikit daun sup
minyak untuk menggoreng
Cara-caranya:
  1. Ubi kentang direbus sehingga empuk. kemudian sejukkan dan lenyek menggunakan garfu
  2. Tumbuk bawang merah dan bawang putih bersama dengan sedikit garam
  3. kemudian masukkan bahan yg ditumbuk bersama dengan udang yang dicincang dan masukkan serbuk lada sulah mengikut citarasa masing2. Gaul sebati.
  4. Masukkan sedikit tepung gandum dan daun sup untuk menambah rasa.
  5. Bentukkan pegedil mengikut citarasa.
  6. Setelah siap masukkan pegedil di dalam fridge utk sebatikan bhn2 tersebut dlm masa lebih kurang 10 - 15 minute.
  7. Kemudian bolehlah menggorengnya.

Chicken Chop

2 hari lepas niat nak buat chicken chop. tapi i tak buat sbb keesokkan harinya i ada interview so xleh nak masak. i kena study. tp smlm i ada buat. alhamdulillah menjadi gak walaupun 1st time buat. My family puji chicken chop i sedap. Resepi i amik dr internet. i olah sikit. x ikut sgt sbb bhn xder kat dlm fridge. guna apa yg ada. sori gambar resepi x sempat nak amik.

RESEPI CHICKEN CHOP
Ayam ambil bahagian dada - ketuk sehingga leper
sedikit lada sulah untuk perap ayam
Tepung kfc
1 biji telur. Ambil putihnya
minyak utk menggoreng

Sos Rempah
2 ulas bawang putih dicincang
2 ulas bawang merah dicincang
1/2 cawan air rebusan ayam
sedikit tepung jagung dicampur dengan sedikit air rebusan utk memekatkan sos
1 sudu serbuk kari
1 sudu sos tomato
garam secukup rasa

Cara-caranya
  1. Ayam yg diperap terlebih dahulu dicelup ke dalam telur putih dan dilumur dengan tepung kfc.
  2. Sebelum proses menggoreng pastikan minyak dalam keadaan panas
  3. Goreng sehingga kekuningan dah rangut
  4. Utk sos, tumis bawang merah dan bawang putih. tunggu sehingga layu, kemudian masukkan rempah kari bersama dengan air rebusan
  5. Tunggu sehingga sos mendidih dan kemudian masukkan sedikit garam dan tepung jagung yg telah dicampurkan dengan air rebusan tadi.
  6. utk hidangan, boleh dihidangkan dengan kentang goreng dan daun salad.